IKLAN memainkan peranan yang penting dalam pemasaran. Baik syarikat besar mahupun syarikat SMI, fungsi dan peranannya adalah berbeza,
Bagi syarikat yang besar, peningkatan jualan melalui iklan bukanlah satu fungsi utama kerana pembelian terhadap keluarannya sudah sedia ada. Kebanyakan iklan dilancarkan adalah untuk membentuk jenama yang berkekalan. supaya pengguna tidak akan lupa jenama barangannya. Fungsi iklan di sini adalah untuk mencapai objektif jangkamasa panjangnya supaya jenama tersebut akan dikenali oleh Generasi yang akan datang. Contoh yang jelas adalah jenama PANADOL, Milo, KFC, PIZZA HUT, MC D, BMW ATAU MERCEDES !
Sementara untuk syarikat SMI, IKLAN PADA ASASNYA adalah unuk meningkatkan jualan barangan melalui pengenalan produk produk barunya. Media elektronik seperti TV, radio, laman web dan suratkhabar adalah di antara alat terpenting untuk syarikat SMI melariskan jualan.
Namun demikian iklan bukan murah. Perancangan dari segi budget wajib diperuntukkan supaya pelaburan daripada iklan menepati sasaran objektif syarikat SMI.
JUSTERU ITU, SMSB telah mengambil langkah agresif untuk melabur dalam pengiklanan melalui RADIO IKIM DAN SURATKAHBAR METRO.
ANDA DI PELAWA UNTUK MENGIKUTI IKLAN SAWDACAFE DI SIARAN RADIO IKIM SEPANJANG BULAN RAMADHAN ini.
SELAMAT BERPUASA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan