Jumaat, 17 April 2009

"Usahawan Muslim Perlu Rebut Peluang Perniagaan Kopitiam SawdaOnline.com"

Sejak kami terbitkan buku "Menyingkap Rahsia Kekayaan E-Dagang" di pasaran pada tahun lepas, ramai pembaca yang mula tahu perniagaan e-dagang di Negara ini mula menampakkan perkembangan rancak, meskipun di Barat industri ini sudah berkembang hebat sejak sepuluh tahun yang lalu.

"Industri e-Dagang masih baru di Negara ini. Cuma sejak kebelakangan ini ia sudah mula mendapat sambutan dan kepercayaan orang ramai. Kami harap dengan kehadiran SawdadOnline.com dalam industri internet sejak tahun lalu sedikit sebanyak membuka lebih banyak mata terutama di kalangan masyarakat bumiputera tentang peluang perniagaan melalui internet ini.

Bumiputera yang memiliki tahap ekonomi yang masih rendah tidak harus melepaskan peluang keemasan ini berlalu begitu sahaja. Peluang ini harus direbut sebaik mungkin kerana ia sedang terbuka luas dan masih banyak ruang yang belum diteroka, memandangkan Malaysia masih lagi berada di tahap awal dalam penerimaan perniagaan melalui e-dagang.

POTENSI MASA DEPAN SAWDAONLINE.COM
Potensi perniagaan e-dagang pada masa hadapan akan menjadi semakin luas. Seperti televisyen, radio, surat khabar, dan majalah yang merupakan media yang tidak luntur dek masa, demikian juga dengan internet.

"Pada masa ini pengguna internet di Malaysia mencecah 10 juta orang. Pada tahun lepas, jumlahnya adalah sembilan juta orang, bererti kenaikan sebanyak 1 juta pengguna setahun. Tetapi kita harus ingat, kenaikan itu tidak berlaku secara linear.
Tahun hadapan bukan bermakna lagi satu juta pengguna internet, tapi mungkin 1.5 juta atau 2 juta. Saya yakin, pengguna internet dan penerimaan internet akan terus berkembang di Malaysia seiring dengan usaha kerajaan yang turut menekankan kepentingan industri ICT di Malaysia."

Mungkin ramai yang teruja membaca kisah Dr.Irfan Khairi jutawan internet, tetapi masih tidak tahu untuk bermula. Sebenarnya sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan internet sekiranya ada minat untuk melakukannya. Ini kerana perniagaan internet tidak memerlukan modal yang tinggi, kerana ia boleh dimulakan dengan modal serendah RM50 sahaja. Ia juga tidak memerlukan pengetahuan teknologi maklumat yang tinggi kerana hari ini kami telah sediakan satu kaedah yang mana anda boleh menjana pendapatan melalui internet SEMUDAH MINUM KOPI di SawdaOnline.com.

PENYELESAI CABARAN MASA
Perniagaan e-Dagang memberi banyak peluang. Ia memberi peluang kepada ibu-ibu yang mahu menjaga sendiri anak-anak serta kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan dengan modal yang rendah apa tah lagi bagi mereka yang masih menganggur.
"Hari ini ramai orang yang menghadapi masalah dengan pekerjaan mereka, termasuk juga mereka yang diberhentikan kerja. Mereka ini harus beri peluang kepada diri sendiri untuk mencuba perniagaan melalui internet ini. Ia boleh dijalankan di rumah dengan kos yang serendah RM50 sahaja.

"Bagi graduan menganggur pula, mereka patut merebut peluang ini dan tidak menunggu pekerjaan makan gaji. Bahkan saya sarankan bukan sahaja kepada graduan menganggur, tetapi sesiapa juga sebagai satu cara mendapatkan pendapatan sampingan dan memantapkan ekonomi negara"

"Masih terdapat terlalu banyak ruang yang boleh dieksploitasi oleh kaum bumiputera di arena e-dagang. Justeru syarikat akan teruskan rancangan syarikat untuk fasa ke 2 iaitu Kopitiam Sawda di seluruh Malaysia”.

Sila hubungi perunding kami Azman 019-754 7558, Kenny 019-779 7558, Mus 014-211 8112 atau Amran 019-276 7558 untuk maklumat lanjut.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, kejayaan hanya untuk sesiapa yang mengambil tindakan.

1 ulasan:

Nadri Mohd berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.