Rabu, 21 Mei 2008

Mangsa Korban Gempa Bumi Sichuan Meningkat kepada 41,353

2008-05-21 19:12:42

Pejabat Penerangan Dewan Negara China hari ini memaklumkan dalam sidang akhbar bahawa setakat 12.00 tengah hari tadi, gempa bumi berukuran 8 pada skala Richter di Sichuan telah mengakibatkan 41,353 nyawa terkorban, manakala lebih 270 ribu cedera dan lebih 32 ribu orang masih hilang.


Setakat semalam, seramai 396,811 orang mangsa dipindahkan ke tempat yang selamat. 6452 orang yang masih hidup berjaya diselamatkan daripada runtuhan bangunan. Setakat pukul 12.00 tengah hari tadi, China telah menerima sumbangan derma sejumlah 16 bilion yuan RMB dari dalam dan luar negara. Setakat pukul 2.00 petang tadi, kerajaan telah memperuntukkan 12.9 bilion yuan RMB untuk menangani bencana ini.

Kami SMSB berdoa akan semua keluarga yang terlibat dalam mala petaka dapat teruskan hidup mereka dengan semangat yang kuat. Kami juga berharap sebagai satu insan di bumi ini bantulah apa saja yang anda mampu untuk mereka yang memerlukannya.



Biar patah apa juga, tapi jangan sekali-kali patah semangat kita !!!


Tiada ulasan: