SALAM,
Harta Intelek (Intellectual Property) adalah merupakan satu aspek yang penting dalam organisasi perniagaan. Tetapi peniaga tradisional sering mengabaikan keutamaannya malah sengaja mengambil sikap acuh tak acuh tentang nilai pelaburannya.
Salah satu daripada Harta Intelek adalah Cap Dagang. Di Malaysia cap dagang adalah diperuntukkan di dalam Akta Cap Dagang 1976 (Trade Mark Act 1976).
Betapa pentingnya Harta Intelek ini, SMSB telah memfailkan cap dagang berikut untuk kelulusan dan pengiktirafan pihak berkuasa :
i. " SAWDA"
ii. " SAWDACAFE"
iii. " SAWDA COFFEE"
iv. " HABBATUS SAWDA "
Logo dan cap dagang di atas boleh diperhatikan dengan jelasnya di dalam semua bungkusan Produk SMSB dan di dalam setiap program dan presentasi SMSB .
SMSB mengiktiraf nilai pelaburan cap dagang dan adalah menjadi asas utama SMSB untuk memberi nilai tambah harta intelek ini ke dalam semua produk SMSB dengan satu harapan bahawa semua SOA dan pengguna secara umumnya akan mengenali jenama SMSB dan memupuk kesetiaan jenama SMSB.
Ulasan dan teguran dialu-alukan.
Salam
Selasa, 6 Mei 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan