Cap Dagang adalah harta intelek dan wajib diberi keutamaan penting dalam perancangan dan pertumbuhan sesebuah syarikat.
Akta Cap Dagang/Trade Mark Act 1976 memperuntukkan prosedur yang mudah untuk memfailkan sesuatu cap yang dicadangkan untuk pendaftaran.
Langkah pertama adalah menentukan cap yang ingin didaftarkan. Carian wajib dibuat di pejabat Cap Dagang supaya cap yang dicadangkan tidak mendapat bantahan bila permohonan dikemukakan kelak.
Bersamaan dengan yuran permohonan dan klasifikasi cap dagang yang berpatutan, pihak pendaftar akan mengeluarkan sijil cap dagang. Biasanya proses ini akan mengambil 12 bulan. Sementara menunggu sijil pendaftaran tersebut, pemohon boleh menggunakan simbol TM dalam produk mereka.
Cap Dagang SMSB telah difailkan mengikut kategori KLASS 30 iaitu meliputi semua minuman termasuk kopi. teh, cereal dan campuran berbagai ramuan.
Salam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan